Travelog

Its been a while since my last rant here.

How I missed my ‘youth’ moment, where I had plenty of times to write in here. Rant of everything and anything I’ve encountered in my daily life.

How is my daily life nowadays?

My routine is not like others. There are days that I’ll be a ‘morning person’. Then the other days I’ll be the ‘owl’ who just need to be awake at night. Dynamic routine that I need to adapt, hoping that I may not jeopardise patients that I need to confront, almost everyday.

And finally, after all the ‘stress’ here, I’ll be having my sweet travel / journey trip with my current housemates. Can’t wait for it (even we did spend a lot of budget for it πŸ˜€ ).

With me, I have my new own ‘gadget’ for the trip. Hoping that with the ‘gadget’, I may update my ‘Teratakecil’ or ‘Pondokecil’, for me to share with others what I have with me there, the view and experience. InsyaAllah.

Ok, until we meet again InsyaAllah. πŸ™‚

 

 

 

~A matter of time~

Setelah sekian lamanya kan tidak menyinggah sini.

Saya pun tidak pasti sekiranya saya masih lagi mampu meluahkan idea, rasa dan isi hati, menulisnya di sini seperti dulu. Masih mampu lagikah menulis dengan ayat-ayat halus berbunga seperti dulu.

Sampai satu masa, terakecil ini bakal menyepi, menyimpan kenangan sebuah perjalanan kehidupan yang pernah dinikmati sebelum ini.

Ataupun mungkin bakal meriah dengan kisah-kisah yang baru, dengan susunan kata dan bahasa yang tidak seperti sebelumnya?

Bakal berehat lama dari menulis di sini. Sampai tiba masanya terasa ingin bercerita semula, InsyaAllah Teratakecil ini bakal meriah kembali.

Perlukan suatu masa untuk dapatkan semula semangat dan rasa untuk kembali menulis di sini.

Hingga bertemu lagi. Β πŸ™‚

~ Hanya sekali ~

Jauh pak cik Bay 1 (ICU 2) ni termenung. Entah apa agaknya yang menerawang dalam fikirannya. Dua hari lepas, kali terakhir saya tengok pak cik ni, masih lagi bernafas menggunakan tiub pernafasan, yang disambungkan dengan mesin bantuan pernafasan. Alhamdulillah hari ni pak cik ni hanya pakai Venturi mask sahaja. Pasti pak cik ni extubate dari semalam (masa tu saya shif OT). Namun, mimik mukanya muram sahaja sambil termenung jauh.

Pagi itu, seperti biasa, saya dan kawan sekerja yang lain bahagi pesakit untuk kami review dan cek, sebelum round dengan MO dan specialist. Update lab investigations, update progress yang perlu, tengok keadaan pesakit macam mana.

Saya mulakan review di ICU 2 (sementara yang lain review pesakit ICU 1). Sampailah ke pak cik Bay 1. Seperti biasa, bertanyakan khabarnya, cuba berbual dengannya memandangkan pak cik ni sudah sedar.

Soalan pertama yang keluar dari mulut pak cik ni, adalah tentang anak-anaknya.

“Doktor, anak-anak pak cik ada datang tak tengok pak cik masa pak cik tak sedar hari tu?”

Saya agak terkejut masa tu. Saya sendiri pun tak berapa pasti tentang itu memandangkan kami memang tidak akan ganggu pesakit bersama ahli keluarga yang datang melawat mereka di ICU, melainkan sekiranya ada urusan penting yang memerlukan kami untuk bertemu dengan ahli keluarga pesakit.

“Saya sendiri pun tak berapa pastilah pak cik. Kenapa ye?” (dalam keadaan kerja shif bertukar-tukar masa dan tempat, memang tidak akan perasan kehadiran ahli keluarga atau pelawat melainkan jika ada urusan untuk berjumpa dengan mereka).

“Tak ada apa-apa Doktor? Anak-anak pak cik masih marahkan pak cik lagi agaknya.”

Kenapa pula dah anak-anak ada rasa marah pada bapanya yang tak sihat, yang tak sedarkan diri untuk beberapa lama? Ok, mungkin itu adalah urusan keluarga mereka. Namun sepanjang bapa sendiri tidak sihat, tiada rasa belaskah untuk balik dan tengok keadaan si bapa yang uzur itu?

Saya sekadar mampu tersenyum, memberitahu yang saya sendiri pun tidak pasti atau perasan kehadiran ahli keluarganya dan memujuk pak cik yang mungkin anak-anaknya ada yang datang melawatnya semasa beliau tidak sedar.

Tengahari, waktu melawat.

“Fatin, datang ICU 2 jap. Ada hal ni.”

Pendek je mesej kawan sekerja saya meminta saya ke ICU 2. Ketika itu saya di ICU 1.

Sesampai di ICU 2, lepas selesaikan hal dengan kawan tadi ni, saya pun tengok ke pak cik Bay 1. Hanya ada isterinya di sisi, dan dia masih termenung jauh dengan wajah yang muram.

******

Wallahu’alam.

Semasa di wad kanak-kanak dulu, si ibu bapa inilah yang sepanjang masa ada untuk anak kecil mereka yang tidak sihat. Pantang ibu atau bapanya hilang dari pandangan mata (nak ke tandas je masa tu), dah teriak satu wad dengar (ok, itu hiperbola sangat) πŸ˜€

Namun, apabila berada di ICU, melihatkan pak cik, mak cik (kalau ikutkan ada yang umur datuk nenek pun) yang tidak sihat, yang koma, yang terpaksa diberikan bantuan pernafasan, Β apabila sudah sedar dari ‘lena yang panjang’, ternanti-nanti akan insan yang bergelar anak datang dan berada di sisi mereka.

Dua refleksi kehidupan yang berbeza, dari dua wad yang berbeza, berbumbungkan sebuah hospital yang sama.

Hanya sekali.

Sekali sahaja seumur hidup ini. Kita ada mereka. Kerana kita tidak bila-bila masa sahaja, sekelip mata, ALLAH akan panggil mereka kembali.

Hargailah masa yang ada bersama mereka.

 

p/s – Pada hari yang sama, arwah nenek saudara saya, yang sangat rapat dengan kami sekeluarga, pergi meninggalkan kami. Sudah sampai masanya dia kembali.

Dan saya teringat, detik saya kehilangan Embah Wedok (nenek) masa tingkatan 4 dulu.

Moga ALLAH merahmati mereka, dan menempatkan mereka bersama hamba-NYA yang beriman. InsyaAllah.