~ Musim luruh di hatiku ~

Kali terakhir saya update teratakecil ni, sebelum periksa. Teringin nak update, nak letak entri baru. Tapi baru tulis separuh, tekan backspace. Tulis lagi. Backspace lagi. Dan akhirnya, ‘Tak apalah. Nanti2 lah update ya.”

ALHAMDULILLAH, sudah lepas dua subjek, Obstetric and Gynaecology, dan Paediatrics. Jumpa tak jumpa department ni nanti, masa pre-internship, atau masa housemanship (errrr, dah tak lama dah).

Dan yang tinggal kini, subjek Neuropsychiatry dan Mental Health. Subjek yang bermain dengan otak dan saraf. Subjek yang bermain dengan jiwa manusia. Subjek yang mencabar, tapi, menarik.

*****

Habis exam semalam, lepas ke sana ke mari, lepas menjalankan amanah buat ahli bait saya (giliran menyediakan santapan malam), mata sebenarnya dah terasa sangat berat. Nak pula malam tu tidur agak lewat, campur bangun pula terlebih awal daripada biasa, tu yang bertambah-tambah dos mengantuk. Dan saya pun dah berkira-kira, lepas solat Isya’, ingat nak terus tidur.

Tapi………..

Lain pula jadinya.

Usai solat, saya menekan link teratakecil ni. Saja nak tengok, rindu barangkali :D .

Dan sambil2 membaca entri2 lama, saya berkira-kira dalam hati, untuk tukar wallpapernya. LAGI.

Setelah try and error, fikir2, cari2 gambar, edit2 segala bagai, akhirnya…………………………………………………….

Inilah dia rupa teratakecil saya yang sekarang, dengan tema -> Musim luruh @ Autumn.

*****

Musim luruh di hatiku.

Bukan bermaksud yang si pemegang kunci teratakecil ni tengah bermusim luruh di hati. Ianya hanya sekadar direct translation pada drama korea yang pernah saya minati suatu ketika dulu, drama Autumn in My Heart.

Apa yang ada di musim luruh?

Hujan. Sebagai tanda sudah tiba masanya untuk musim panas mengucapkan selamat tinggal. Dan selamat datang kepada musim sejuk.

Daun2 bertukar warna, daripada hijau kepada keperangan. Kemudian, berguguran ke bumi. Bunga2 pun mula layu, dan turut gugur ke bumi. Pokok2 hanya tinggal batang kayu sahaja. Ye lah, daun tu lemah, tiada berdaya untuk menampung berat salji yang berkumpul padanya nanti. Fitrah alam.

Ketika ini, haiwan2 yang tabiat dia akan berhibernasi di musim sejuk, akan mula membuat persiapan menyiapkan tempat tidurnya itu. Dan ada juga haiwan yang berusaha untuk mengumpul makanan. Dan ianya juga, fitrah alam yang sudah ditentukan.

Tibanya musim luruh, manusia2 juga akan membuat persiapan, dan mind-set, bahawa musim sejuk bakal menjelma.

Apabila tengok semula alam sekeliling, kelihatan sedikit hambar. Dedaunan sudah tiada. Bunga pun tidak banyak yang ada. Hujan kerapkali turun.

Namun, apa yang membuatkan saya suka musim luruh ini, adalah kerana, pada saya, musim luruh ni, NOSTALGIC.

Tak mampu untuk dihuraikan bagaimana ‘nostaligic’ nya itu. Mungkin ini hanya sekadar perasaan saya sendiri. :)

Ataupun mungkin ‘nostalgic’, kerana membuatkan saya teringat pada mimpi yang pernah saya alami suatu masa dulu.

Apabila tengok gambar daun musim luruh ini, membuatkan saya teringat mimpi saya itu. Untuk dua kali saya mengalami mimpi yang sama, masa darjah 2 dan 4.

Saya memasuki hutan (kalau dalam English, the term Forest will be suitable) yang daun2 sudah mula berguguran dengan pelbagai warna. Kuning, oren, merah.

Saya berjalan lagi. Ketika itu saya berseorangan. Ada sebuah batu besar. Saya panjat melepasi batu ini. Saya berjalan lagi. Bunyi derapan daun yang dipijak, kicauan burung, udara yang segar, matahari yang tidak terasa terik, suasana yang sejuk2 biasa, semua itu dirasakan bagai realiti. Perasaan ketika itu, terasa sangat tenang, dan gembira.

Akhirnya, saya bertemu dengan sebuah air terjun yang SUBHANALLAH, cantik sangat. Nyaman, airnya yang jernih dan sejuk itu.

Dan mimpi itu, hanya sekadar di situ sahaja yang saya ingat.

*****

Berjalan. Melihat. Menafsir.

Setiap apa yang ALLAH ciptakan di bumi ini, setiap apa yang ALLAH tentukan dalam kehidupan ini, setiap apa yang ALLAH aturkan dalam aturan ini, tidak lain, tidak bukan, untuk kita fikir hikmah dan kebesaran-NYA sebagai ILAH, sebagai al-KHALIQ.

Alam ini terlalu luas. Terlalu banyak kisah dan hikmah di sebaliknya. Tanpa perlu bermusafir pun, kita boleh melihat dan menafsir. Peredaran siang dan malam, hujan yang membasahi bumi, hatta kucing2 yang terbiar tu pun, ada hikmahnya yang tersendiri. Melalui akal dan mata hati kitalah yang akan menafsirkan semua apa yang kita nampak, dengar, lihat, dan rasa.

WALLAHU’ALAM.

4 thoughts on “~ Musim luruh di hatiku ~

  1. semalam sy pegi join daurah kitab winter kt asrama. belajar pasal asmaulhusna…ust azam yg bg. dia kata, cara utk mengenali Allah swt ada 2 cara. pertama by melihat penciptaan Allah di sekeliling ni. yg ke-2 melalui penerimaan khabar drpd nabi2 dan rasul2 yg Allah utuskan, tp di zaman yg sudah tiada nabi dan rasul ini, kita boleh merujuk ulama’. robbuna yusahhil fatin! :D …*ingt apehal lak fatin bermusim luruh..kikiki..;p

    • Syimah, seronoknya gi daurah. Nanti masa SC bila2 kongsi2 lah dengan kami semua :)
      InsyaALLAH, kita semua lepas ni, kena tajamkan skill observation, bukan setakat pada pesakit, tapi pada alam juga…..
      Terima kasih atas perkongsian itu :D

      *oppsss, hehe, InsyaALLAH kalau si-pemegang-kunci-teratakecil ni sudah ada “musimnya”, akan dimaklumkan jua ;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s