ALHAMDULILLAH.
Sekarang ni sudah masuk hari kedua study leave. Study leave dalam musim sejuk, sungguh, amatlah mencabar.
Seusai Subuh, kedengaran rintik2 hujan gugur ke bumi. Dalam diri, terdetik “Sedap kalau sambung semula tidur ini.” Namun, dalam separuh lagi diri, berkata, “Study Tin. Nak exam dah minggu depan. Tak leh malas2 dah sekarang….”
Agak2 apa saya buat selepas itu?
Ok, bukan ini yang saya nak ceritakan dalam entri ini. Dan, sebenarnya entri ini bukan entri yang dirancang.
Apa yang membuatkan saya ingin menulis kali ni, adalah untuk menceritakan pengalaman saya di pasar semalam.
Ceritanya begini……..
*****
Saya bergerak pulang awal dari library. Teringin menelefon ahli keluarga, bertanyakan keadaan kucing yang baru lepas kena operate baiki tulang rahangnya yang patah (macam orang pula jaga kucing ni). Sebelum balik, saya singgah dulu ke pasar, untuk beli lauk rumah, dan buah limau bekalan sendiri.
Selesai beli lauk, saya ke kedai buah. Seperti biasa, plastik yang disediakan, mula diisi dengan buah2 limau yang sudah dibelek-belek (tengok elok ke tak) di luar kedai. Ketika itu, mak cik kedai ini sedang sibuk bersembang dengan pelanggannya di dalam. Dalam saya membelek dan memilih buah limau ni, saya terfikir,
“Tak ada ye orang yang nak ambil kesempatan ambil buah limau ni tanpa perlu bayar dalam keadaan sebegini. Dahlah buah limau ni kat luar kedai, mak cik kedai pun leka bersembang dengan pelanggan.”
Dan sebenarnya, saya teramat kagum dengan mak cik kedai ini. Dia mesti yakin, yang tiada orang akan ambil buah limaunya sesuka hati.
Agak2 dah sekilo limau dalam plastik, saya meminta mak cik kedai menimbang buah limau itu. Sekilo limau ni, harganya LE 2. Namun, ketika itu, duit yang paling kecil yang saya ada ialah LE 20 (10 kali ganda).
Mak cik tu tanya, “Mafisy fakkah?” (Tak ada duit kecil ke?). Saya, tersenyum, geleng sambil mengatakan “Ma’alisy” (maaf). Kemudian mak cik ni minta saya pecahkan duit ini. Saya…Eh! (ini ‘Eh‘ ekspresi, bukan “Eh” ammi yang bermaksud ‘apa‘).
Mak cik itu kemudiannya cakap, literally bermaksud sebegini, “Tak apa. Kamu bawa buah limau ini bersama kamu. Nanti kamu datang balik bila2 bayar limau ini. Tak apa2 jangan risau”.
Mungkin nampak wajah yang sudah berkerut itu, tu yang mak cik ni pujuk saya jangan risau. Saya pun meminta mak cik tu tunggu sementara saya beli apa2 untuk pecahkan duit. Dan mak cik tu meminta saya bawa buah limau yang dibeli (namun belum dibayar) bersama dengan saya.
Saya pun menuju ke kedai runcit. Tak tahu nak beli apa sebenarnya. Tiba mata ternampak yoghurt dalam peti. Dah lama juga tak makan yoghurt. Dan saya meminta pak cik (actually abang) kedai tu dua yoghurt strawberi. Dan nak tahu harganya berapa?
LE 2 (untuk dua2 yoghurt ini).
Dalam hati berkata, harap2 lah pak cik ni ada duit pecah. ALHAMDULILLAH, masa dihulurkan LE 20, saya dapat kembali baki LE 18. ALHAMDULILLAH, boleh bayar duit sekilo limau ini.
Dalam berpatah balik semula ke kedai buah tadi, sekali lagi saya terfikir, “Boleh je nak balik terus ke rumah, tak yah bayar duit limau ni. Macam manalah mak cik ni boleh percaya kat saya? Kalau dibuatnya saya tak datang semula dan bayar, kan dah rugi…”
Apa yang saya terfikir, hanya sekadar buah fikiran, kerana kagum dengan percaya dan tawakkal mereka yang tinggi. (InsyaALLAH, saya tidak akan buat perkara sebegini.)
Sampai di kedai buah tadi, saya hulurkan dua keping duit syiling LE 1, dan mak cik tadi tersenyum sambil mengucapkan “Syukran Faten” (mak cik ni ada tanya nama saya sebelum saya cari pergi pecah duit).
*****
Pernah saya menyuarakan kepada sahabat saya, ketika dalam perjalanan pulang dari kuliah dengan menaiki tram. Ketika itu, seorang pemuda menjual barangan2 kecil dalam kotak yang dibawanya dengan harga LE 1 (masa itu LE 1, sebab sekarang dah naik jadi LE 1.50, mungkin kerana kenaikan harga barang2 runcit).
Pemuda yang menjual barang2 ni, akan berikan setiap satu atau dua orang yang duduk, barang2 itu. Kemudian, lepas diberi kepada semua yang berada dalam gerabak itu, dia akan berpatah balik ke depan, untuk ambil balik barang2 yang tak terjual, ataupun mengambil bayaran daripada sesiapa yang membeli.
Saya katakan pada sahabat saya itu (kebetulan kami duduk, dan sedang membelek barang2 ini), “Macam mana ye diorang percaya, yang orang2 dalam tram tak akan ambil barang2 ni senyap2?” Sahabat saya tersenyum, menjawab, “Dah kebiasaan agaknya. Tu yang lebihnya pada orang sini.”
Saya mengangguk, mengiyakan. Mereka sudah dididik tentang ini. Meskipun ianya hanyalah barang yang kecil nilainya. Tapi itulah rezeki mereka.
*****
Skop rezeki ini, amat luas. Peniaga2 ni, pada saya, meletakkan kepercayaan yang tinggi, bukan pada pelanggannya, tapi pada ALLAH, kerana ALLAH yang memegang punca rezeki mereka, sesuai dengan usaha mereka itu.
Seandainya ada yang mengambil barang2 tanpa pengetahuan mereka, itu merupakan ujian dan dugaanlah buat peniaga2 ni. Namun, rezeki yang ALLAH berikan, tetap ada. Dan biarlah perbuatan-si-pengambil-barang-tanpa-izin itu menjadi urusan antaranya dengan ALLAH.
Sungguh ALLAH, DIA-lah Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh [Az-Zariyat ; 58]
*****
Peperiksaan makin menghampiri. Debaran kian terasa. Persiapan demi persiapan sedang giat diusahakan.
Moga ALLAH mengurniakan natijah yang terbaik, buat sahabat2 semua. Berusaha sedaya mampu, dan serahkan natijah ini kepada-NYA. InsyaALLAH, ALLAH tahu apa yang terbaik, buat kita semua
Salam, harga limau tu sepatutnya LE 2 tp saudari just bayar LE 1? Typing error kot. eHE.. Anyway, kagum dengan mereka.. yakin bahawa Allah yg beri rezeki.. dan mungkin juga kerana di sana kebarangkalian utk org mencuri – sgt sedikit. Actually, kat Malaysia pun ada juga peniaga2 seperti yg diceritakan di atas, cuma jumlahnya mungkin kecil.. Apapun, jom, kita contohi yg baik.. Buang yg buruk jauh2
Wasalam wrhmtllh…
Oh, hehe, terima kasih tegur. Yep,kadang2 di sini, banyak nilai dan norma kehidupan yang saya dapat lihat.
Saya kini sedang berlatih untuk melihat sekeliling dengan ‘mata hati’. Sebab, saya takut saya akan tertinggal nilai2 kehidupan yang kecil itu. InsyaALLAH. Jazakillah kheir kak Asniza